Monday, 16 April 2012

KEMUDAHAN MENYESAN DAN RAWATAN PENYAKIT TIBI


Batuk kering atau Tuberkulosis adalah jangkitan bakterium Mycobacterium tuberculosis, yang biasanya menyerang paru-paru (TB pulmonari ) juga mampu menyerang sistem saraf tunjang (meningitis), sistem limfatik, sistem peredaran atau "circulatory system" (TB miliari ), sistem genitourinari, tulang, sendi dan lain-lain.
Di Malaysia, seramai 15,852 orang dilaporkan menghidap penyakit batuk kering di negara ini pada 2003 iaitu bersamaan dengan kadar insiden sebanyak 64 kes bagi setiap 100,000 penduduk menurut lapuran Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad. Secara umumnya, terdapat penurunan trend kadar insiden batuk kering di Malaysia iaitu pada kadar dua peratus setahun sejak sepuluh tahun lepas.
Sabah dan Sarawak pula menunjukkan kadar penurunan yang ketara iaitu hampir lima peratus setahun dalam tempoh yang sama, katanya semasa menjawab soalan asal dan tambahan Dr. Mohamed Hayati Othman (Pas-Pendang) pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga mendapati imunisasi BCG yang diberikan kepada bayi baru lahir tidak memberi perlindungan sepenuhnya terhadap jangkitan batuk kering. Imunisasi BCG hanya melindungi kanak-kanak daripada mendapat penyakit batuk kering yang teruk. Apabila kanak-kanak meningkat dewasa, risiko jangkitan ini adalah sama dengan orang dewasa lain yang tidak mendapat imunisasi BCG.
WHO menetapkan dua sasaran utama menjelang 2005 iaitu mengesan sekurang-kurangnya 70 peratus kes baru batuk kering kahak positif dalam masyarakat dan menyembuhkan sekurang-kurangnya 85 peratus daripada mereka yang dikesan. Malaysia telah mencapai sasaran ini sejak tahun 2002.
Adalah sukar untuk menentukan bilakah penyakit batuk kering dapat dihapuskan di Malaysia ini memandangkan banyak faktor yang menyumbang kepada kemunculan semula penyakit ini, antaranya termasuk :-
§  Pendatang asing secara haram tidak disaring daripada penyakit ini.
§  Pesakit lambat atau tidak mendapatkan rawatan kerana jahil tentang penyakit ini.
Kementerian Kesihatan khususnya bahagian kawalan penyakit berjangkit sentiasa berusaha secara intensif untuk membasmikan semua penyakit berjangkit daripada terus menular di Malaysia.
Mengikut turutan penyakit berjangkit dunia, penyakit tibi berada di tangga ketujuh dan ia tidak pernah berubah sejak tahun 1990.

TANGAN LUMPUH JIKA LEHER DISERANG TIBI


Hampir 90 peratus kecenderungan penyakit batuk kering (turbecolosis) atau dikenali sebagai tibi membabitkan bahagian paru-paru. Bagaimanapun 10 peratus daripada jumlah itu terjadi di luar paru-paru termasuk sendi, lutut dan tulang belakang.
Tibi tulang belakang paling biasa di Malaysia. Bagaimanapun tidak ramai tahu mengenai perkara itu seperti mereka tidak tahu bahawa tibi di luar paru-paru berupaya membuatkan seseorang itu lumpuh jika tidak segera mendapat rawatan. Contohnya, jika tibi menyerang leher, tangan mungkin lumpuh.

Tibi tulang belakang atau disebut juga sebagai Pott’s paraplegia atau Pott’s disease disebabkan bakteria Mycobecterium tubercolosis. Tibi tulang belakang meningkat di seluruh dunia seiring dengan peningkatan pesakit HIV kerana antara golongan berisiko selain kanak-kanak dan orang tua adalah mereka yang mengalami masalah daya tahan penyakit.

Tibi tulang belakang boleh terjadi kepada sesiapa saja tanpa mengira jantina dan had umur, tetapi dalam kajian akademik saya beberapa tahun lalu, satu pertiga pesakit di Malaysia adalah lelaki.

Walaupun tibi tulang belakang terjadi mungkin di bahagian atas atau bawah tulang belakang, ia merebak melalui pernafasan seperti mana tibi yang membabitkan paru-paru.
Apabila seseorang itu terdedah kepada pesakit tibi paru-paru, dia berisiko untuk berhadapan dengan jangkitan di paru-paru atau sendi lain termasuk tulang belakang.

Bagi tibi tulang belakang, jangkitan boleh merebak dari dua tulang berdekatan kepada ruang disc yang bersambung. Jika satu tulang saja berjangkit, disc itu normal tetapi jika ia membabitkan dua ruas tulang yang bersifat avascular (tiada salur darah), nutrisi tidak dapat diterima.

Justeru, tisu disc akan mati, patah, kering dan rapuh. Keadaan ini menyebabkan ruas tulang meruncing dan boleh membuatkan tulang patah dan kerosakan tulang belakang.

Kegagalan mendapatkan rawatan dengan segera boleh mengancam nyawa. Disebabkan tibi sangat pandai ‘mengajuk’ (mimic) penyakit barah, diagnosisnya memerlukan biopsi.
Simptom:
*  Turun berat badan
*   Hilang selera makan
*   Demam yang sekejap datang dan sekejap sembuh
*   Rasa kebas
*   Badan lemah
*   Sakit tulang belakang
*   Tulang belakang bongkok ke depan
*    Berpeluh waktu malam
Rawatan:
·         Rawatan tibi tulang belakang hampir sama dengan tibi paru-paru. Ia membabitkan penggunaan antibiotik. Bagaimanapun pengambilannya lebih lama berbanding tibi paru-paru iaitu menjangkau antara sembilan bulan ke satu setengah tahun.
·         Jika rawatan tidak diteruskan, bakteria akan menjadi kebal pada antibiotik. Keadaan ini boleh menyebabkan masalah berulang.
·         Antibiotik juga rawatan yang baik bagi masalah penyakit yang tidak kronik. Sebaliknya, jika keadaan menjadi serius dan pesakit tidak bertindak balas dengan ubat dalam tempoh dua minggu, simptom semakin teruk, kelumpuhan semakin teruk dan nanah berkumpul dengan lebih banyak, pembedahan menjadi penyelesaian.
·         Tibi tulang belakang juga boleh membawa maut jika tidak dirawat segera. Selain itu, kerosakan tulang belakang semakin teruk dan boleh merebak ke merata tempat termasuk otak.

Golongan Berisiko
·         Mereka yang mempunyai daya ketahanan penyakit yang lemah (pesakit HIV
·         Terdedah kepada penyakit tibi
·         Orang tua
·         Kanak-kanak di bawah usia 10 tahun (tetapi masalah ini di kalangan kanak-kanak tidak sekerap orang dewasa)
·         Kanak-kanak di negara terpencil dan miskin
Fakta
·         Ditemui pakar bedah British, Percivall Pott (1714-1788)
·         Selalunya menyerang di bahagian atas tulang belakang
·         10 peratus pesakit tibi adalah pesakit tibi tulang belakang
·         Boleh disembuhkan dengan antibiotik jika tidak serius

PENCEGAHAN PENYAKIT TIBI


Tanda dihidapi penyakit
§  Batuk berdarah atau berkahak.
§  Sakit di bahagian dada.
§  Lemah dan keletihan.
§  Susut berat badan.
§  Kehilangan selera.
§  Menggigil.
§  Demam.
§  Berpeluh waktu malam.

Mereka Mungkin Diserang:
Menyerang tidak kira kaum, bangsa atau umur, namun kumpulan berisiko tinggi adalah:
§  Mereka yang dijangkiti AIDS (virus HIV).
§  Mereka yang mendampingi pesakit batuk kering.
§  Rakyat asing daripada negara yang mempunyai kadar jangkitan batuk kering yang tinggi.
§  Sesetengah bangsa dan etnik minoriti.
§  Mereka yang kekurangan zat dan vitamin.
§  Pemabuk dan penagih dadah yang dijangkiti HIV.

Cara Batuk Kering Merebak

Batuk kering merebak melalui udara. Apabila penghidap batuk atau bersin, mereka mengeluarkan bakteria dalam udara akan dihidu orang sekeliling.
Apabila seseorang menghidu bakteria batuk kering, bakteria tersebut akan bertapak di dalam paru-paru dan membesar serta bergerak melalui darah kepada buah pinggang, tulang belakang dan otak.

Bersama Hentikan Wabak Tibi

Penyakit tuberkulosis (tibi) telah menyerang manusia sejak zaman Firaun dan dipercayai merupakan punca utama kematian di Eropah pada kurun ke-16 dan 17.
Bagaimanapun, kuman tibi hanya berjaya dikesan oleh Dr. Robert Koch di Berlin, Jerman pada 24 Mac 1882.
Sempena dengan penemuan itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menetapkan tarikh tersebut sebagai Hari Tibi Sedunia dengan harapan dapat meningkatkan kesedaran tentang gejala, diagnosis dan rawatan serta kepentingan kawalan tibi yang berkesan.

TIBI BATUK KERING

Tibi – “Batuk Kering”


Adalah penyakit yang disebabkan eleh sejenis kuman, dinamakan kuman tibi. Kuman tibi biasanya menyerang paru-paru. Kuman ini juga menyerang lain-lain bahagian badan seperti tulang, sendi tulang, buah pinggang dan lain-lain. Penyakit tibi yang tidak dirawat akan membawa maut.
Mengesan Penyakit Tibi
  • Segerakan berjumpa doktor, sekiranya batuk selama 2 minggu atau lebih.
  • Pemeriksaan kahak dibuat untuk mengenalpasti kuman tibi.
  • Ujian kahak dapat dibuat di hospital/ klinik kesihatan.
  • Pemeriksaan x-ray dada juga dapat membantu mengesan kuman tibi.
Cara Jangkitan Tibi
" pesakit tibi paru-paru yang aktif biasanya mengalami batuk. Setiap kali batuk, mereka mengeluarkan titisan –titisan halus yang mengandungi kuman tibi
  • Penyakit tibi adalah "jenis" penyakit sebaran udara". Dengan itu, penyakit tibi berjangkit dari seorang kepada yang lain melalui udara- apabila pesakit tibi batuk atau bersin.
  • Mereka yang menyedut udara yang mengandungi titisan-titisan halus (yang ada kuman tibi) berkemungkinan akan dijangkiti penyakit tibi.
Tanda dan Gejala Penyakit Tibi
  • Batuk selama 2 minggu atau lebih, kadang kala berdarah
  • Batuk yang berkahak, berwarna kekuningan/ kehijauan
  • Hilang selera makan
  • Mengalami penurunan berat badan
  • Demam, selalunya berpeluh pada waktu petang dan malam
Rawatan Penyakit Tibi
Dengan perubatan moden, penyakit tibi dapat disembuhkan. Rawatan tibi selalunya menganbil masa selama 6 bulan.
  • Pada permulaan, ia meliputi rawatan harian selama 2 bulan dengan 4 jenis ubat diambil setiap hari dibawah penyeliaan anggota kesihatan yang dilantik.
  • Ia diikuti dengan rawatan yang dilakukan 2 kali seminggu selama 4 bulan (biasanya 3 jenis ubat diambil, di bawah penyeliaan).
Beberapa perkara untuk diperhatikan
  • Berusahalah untuk mendapatkan suntikan, seperti yang dijadualkan.
  • Elakkan diri daripada makan ubat dengan cara yang tidak betul. Contohnya, tidak memakan ubat kesemuanya sekali pada satu-satu masa. Patuhi nasihat doktor.
  • Dapatkan rehat yang cukup, makan nakanan yang seimbang.
  • Elakkan daripada tinggal bersesak-sesak di dalam satu rumah yang sempit.
Akibat rawatan Tibi Yang Tidak Sempurna
Kegagalan mengikuti rawatan yang sempurna akan hanya memburukkan keadaan anda.
  • Ia akan menjadikan penyakit tibi menjadi lebih teruk.
  • Batuk berdarah akan terjadi.
  • Kuman tibi akan menjadi kebal
Pencegahan Penyakit Tibi
Bagi tujuan pencegahan :
  • Bayi-bayi yang baru lahir mestilah diberikan suntikan BCG. Dapatkan dos ke-2, sekiranya tiada bekas parut dan pada umur 12 tahun.
  • Biarkanlah rumah dimasuki cahaya matahari sebanyak mungkin. Cahaya matahari dapat membantu membunuh kuman tibi yang terapung diudara.
  • Bukalah tingkap pada waktu siang, bagi peredaran udara yang sempurna membantu mencegah tibi daripada merebak.
Fakta-fakta Berkaitan
  • WHO (Pertubuhan Kesihatan Sedunia) menetapkan 24hb. Mac setiap tahun sebagai " Hari Tibi Sedunia". Tarikh ini adalah bersamaan dengan penemuan kuman tibi oleh Dr. Robert Kosh di Berlin, pada 24hb. Mac 1882.
  • Ia sisambut untuk memupuk kerjasama yang lebih rapat daripada masyarakat umum, khususnya bagi bersama-sama berganding bahu membenteras penyakit tibi.

NASIHAT AM UNTUK PESAKIT TIBI


Kebanyakan negara tersebut kekurangan keperluan asas makmal untuk memantau dan menguruskan kedua-dua bentuk penyakit tibi ini.
Kurang dari satu peratus penyakit MDR-tibi dan XDR-tibi disahkan oleh makmal dan dilaporkan secara rasmi di rantau ini.
Sepanjang 2006, hanya 600 daripada kira-kira 150,000 kes MDR-tibi di Asia Timur dan Asia Pasifik dikenal pasti secara rasmi oleh makmal.
Tanpa pengesanan dan rawatan, pesakit tibi boleh menjangkiti 10 hingga 15 orang setiap tahun hanya dengan batuk atau bersin dan penyakit ini boleh disebarkan oleh penumpang di dalam kapal terbang.
Penyebaran tibi tahan ubat adalah sangat berbahaya. Satu kes boleh mengambil masa hingga dua tahun untuk dirawat dengan ubat bersesuaian tetapi ubat berkenaan mempunyai kesan sampingan serius dan melibatkan kos 100 kali lebih tinggi berbanding rejimen ubat biasa.
Kata Pengarah WHO rantau ini, Shigeru Omi, wabak tibi tahan ubat sebenarnya sedang merebak tanpa disedari.
“Kami risau wabak senyap ini boleh kembali menjadi seperti beberapa tahun terdahulu. Ia boleh menggagalkan usaha yang kami jalankan akhir- akhir ini,” katanya dalam satu kenyataan.
Laporan terbaru WHO berdasarkan kajian daripada 81 buah negara mendapati tibi tahan ubat merebak dengan pantas dan lebih meluas berbanding apa yang dipercayai sebelum ini.
Di Kemboja dan Filipina contohnya, setiap negara ini hanya mempunyai tiga makmal yang mampu mendiagnosis tibi tahan ubat.
Apa yang diperlukan adalah meningkatkan kemampuan setiap makmal untuk mengesan penyakit ini dan ini memerlukan dana yang tinggi.
Hampir setengah juta kes baru tibi tahan ubat berlaku setiap tahun di seluruh dunia atau sekitar lima peratus daripada sembilan juta kes baru secara keseluruhan.
WHO juga baru-baru ini mengeluarkan amaran bahawa lebih banyak kes baru tibi gagal dikesan oleh pihak bertanggungjawab kerana kegagalan negara itu sendiri mengenal pasti peningkatan bilangan kes tibi yang berlaku.
Dianggarkan hanya 61 peratus kes tibi seluruh dunia yang didaftarkan. Tahun lalu, sebanyak 6.2 juta kes tibi dikesan berbanding 9.1 juta pada 2005.
Antara 2001 hingga 2005, kadar pengesanan meningkat sebanyak enam peratus setiap tahun, namun pada 2006, jumlah ini menurun sebanyak tiga peratus.
Pertubuhan itu juga memberi penekanan terhadap angka pesakit HIV yang dijangkiti. Pada 2006. sebanyak 700,000 kes pesakit baru HIV yang dijangkiti tibi dikesan.
Tahun 2006 juga menyaksikan 200,000 kematian pesakit tibi di kalangan mereka yang dijangkiti virus HIV. Laporan WHO itu menunjukkan hubungan rapat antara HIV dan tibi.
Kadar paling tinggi MDR- tibi yang direkodkan adalah di Baku, ibu negara Azerbaijan, di mana 22 peratus daripada semua kes baru tibi yang dilaporkan merupakan jenis tibi tahan ubat.
WHO menganggarkan AS$4.8 bilion (RM15.24 bilion) diperlukan untuk usaha mengawal tibi di negara-negara seluruh dunia sepanjang 2008.
Walaupun jarang kelihatan pesakit tibi yang menunjukkan gejala-gejala penyakit itu, dianggarkan satu pertiga penduduk dunia telah dijangkiti kuman berkenaan yang mungkin hanya menunggu masa untuk menyebabkan masalah kesihatan serius kepada pesakit.
Oleh itu, jangan diambil mudah sesuatu keadaan kesihatan yang telah lama berpanjangan memandangkan batuk berpanjangan juga boleh menjadi petanda kepada penyakit serius seperti tibi.
Perhatikan juga orang di sekitar anda yang mungkin mempunyai gejala tibi dan nasihatkan mereka untuk menjalani ujian lanjut dan mendapatkan nasihat doktor.
Bagi pihak berkuasa pula, tidak kira yang bertanggungjawab ke atas kesihatan umum ataupun imigresen, pastikan penyakit seperti tibi, hepatitis dan HIV/AIDS tidak dibawa masuk pendatang asing, dan lebih penting lagi tidak disebarkan kepada rakyat negara ini.
Mainkan peranan anda, bantulah negara menghapuskan tibi dan apa jua penyakit yang boleh dicegah dengan mudah melalui diagnosis dan rawatan awal.
Maklumat lanjut dan terkini mengenai tibi boleh diperoleh dengan melayari laman web CDC www.cdc.gov/tb/ atau menghubungi mana-mana hospital utama di seluruh Malaysia.

Sunday, 15 April 2012

RAWTAN TIBI DOTS

Ketahanan Tibi
Kata Dr. Abdul Malik, terdapat juga keadaan di mana pesakit mengalami tibi tahan ubat yang dikelaskan sebagai MDR-tibi (Multi Drug Resistant) dan XDR-tibi yang lebih teruk.
Perkara ini menurutnya berlaku apabila pesakit yang dirawat dengan ubat tibi biasa gagal sembuh disebabkan pesakit tidak mematuhi peraturan atau badan pesakit itu sendiri menentang ubat yang diberi.
“MDR-tibi berlaku disebabkan kuman tibi kebal kepada satu jenis ubat daripada beberapa jenis yang diberi manakala XDR-tibi pula adalah kekebalan kuman tersebut sebelum dirawat lagi iaitu ketahanan terhadap semua jenis ubat yang digunakan,” jelasnya.
Namun katanya lagi, di Malaysia keadaan MDR-tibi dan XDR-tibi amat jarang berlaku dan penularan wabak ini masih terkawal.
Terkawal
“Di Malaysia wabak tibi masih terkawal. Masalah tibi tahan ubat biasanya hanya berlaku di kalangan pendatang asing seperti yang datang dari India, Indo-China dan Afrika disebabkan taraf hidup dan juga persekitaran kediaman mereka yang sesak,” ujarnya.
Fakta ini turut disokong laporan Pusat Kawalan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS) yang mencatatkan 60 peratus kes tibi di AS berlaku di kalangan warga asing yang dilahirkan di Mexico, Filipina, India dan Vietnam.
Kadar kejadian tibi di kalangan warga asing ini juga dikatakan 9.7 kali ganda lebih tinggi berbanding mereka yang lahir di AS.
Dr. Abdul Malik menasihatkan semua pihak agar mengambil langkah untuk mengelak penyakit ini dengan melakukan pemeriksaan kesihatan dengan kerap.
“Jika kita sihat, peluang untuk dijangkiti tibi amat rendah,” katanya.
Selain itu, pengudaraan yang baik di rumah dan pejabat juga amat penting bagi mengelakkan jangkitan tibi.
Bagi mereka yang menziarahi pesakit tibi pula, perlulah memakai topeng bagi mengelak menghirup udara yang tercemar dengan kuman tibi.
Ini katanya berikutan ketahanan kuman tibi membolehkannya terampai di udara selama enam jam.
Bagi pesakit tibi, mereka perlu mematuhi peraturan dan arahan yang diberikan doktor.
Pengambilan ubat amatlah penting sehinggalah doktor mengesahkan pesakit telah betul-betul sembuh.
Walaupun ada kalanya berlaku kesan sampingan terhadap pengambilan ubat seperti loya, muntah, jaundis dan sebagainya, pesakit perlu berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat dan melaporkan tindak balas ubat berkenaan.
“Jangan berhenti mengambil ubat, pesakit perlu berjumpa semula dengan doktor untuk mendapatkan pandangan.
“Perlu diingat, ubat-ubatan bagi merawat MDR-tibi dan XDR-tibi jauh lebih mahal berbanding tibi biasa. Jika pesakit mengikut peraturan yang sewajarnya, insya-Allah tibi boleh dirawat 100 peratus,” katanya.
Antarabangsa
Menurut kenyataan WHO yang dikeluarkan melalui ibu pejabat rantau pasifik Barat di Manila, Filipina baru-baru ini, kemudahan makmal yang tidak mencukupi di negara-negara Asia dan rantau Pasifik yang miskin menyumbang kepada penyebaran wabak MDR-tibi dan XDR-tibi.

CARA MENGESAN TIBI



Tibi merupakan sejenis penyakit berjangkit yang boleh membawa maut jika tidak dirawat. La disebabkan oleh kuman mycobacterium bacillus yang diternui oleh Dr. Robert Koch pada 24 Mac 1882 di Jerman, berwama merah, halus dan hanya boleh dilihat menggunakan mikroskop.
Dianggarkan 90 peratus daripada kuman tibi biasanya menyerang paru-paru atau dikenali sebagai tibi pulmonari. Walau bagaimanapun, melalui peredaran darah, iajuga boleh merosakkan bahagian lain tubuh badan manusia seperti buah pinggang, kulit, mata, kelenjar leher, tulang,otak dan lain-lain.
Bagaimanakah tibi merebak?
Apabila pesakit tibi pulmonari aktif batuk, bersin atau bercakap, mereka akan mengeluarkan beribu-ribu kuman tibi daripada paru-paru atau kerongkong yang bertebaran di udara dalam bentuk titisan halus.
Sesiapa yang menyedut udara yang mengandungi kuman tibi yang terapung-apung itu seterusnya akan menghadapi risiko dijangkiti. Mereka yang berhubung rapat seperti ahli keluarga dan rakan sekerja pesakit tibi lazimnya paling berisiko untuk menghidapinya.
Apakah gejala-gejala tibi?
Penyakit TIBI
TIBI ialah sejenis penyakit yang merbahaya yang boleh membawa maut jika tidak mendapat rawatan sempurna. Disebabkan oleh bacteria TIBI (Tubercle Bacilli) dan hanya boleh dilihat dengan mikroskop. Bakteria ini biasanya menjangkiti paru-paru dan boleh menyerang organ-organ lain seperti selaput otak, tulang, kelenjar leher, buah pinggang, kulit dan lain-lain.
Bagaimana TIBI Merebak ?
Bakteria TIBI disebarkan melalui udara. Pesakit TIBI yang menderita akan mengeluarkan berjuta-juta bacteria TIBI terawang-awang di udara seketika apabila bersin atau batuk. Individu yang menyedut udara tercemar ini mempunyai peluang dijangkiti bacteria TIBI. Biasanya pesakit TIBI boleh menyebarkan bacteria TIBI kepada individu yang berhubung rapat dengannya.
Tibi merupakan sejenis penyakit berjangkit merbahaya yang boleh membawa maut sekiranya tidak mendapat rawatan yang sempurna. 

Penyakit ini disebabkan oleh kuman Tibi (Tubercle Bacilli) yang biasanya menjangkiti paru-paru. Ia juga boleh menyerang bahagian-bahagian lain badan seperti selaput otak, tulang, kelenjar, buah pinggang dan kulit.